Followers

Labels

Monday, August 8, 2011

Kemalangan bas dirempuh lori gula di perak

inilah bas yang telah aen naiki tuh!!!

Assalamualaikum semua . . .
sudah agak lama Aen Sunny tak update blogkan . . .alhamdullilah hari ini Aen Sunny masih diberi peluang untuk menghirup udara diatas muka bumi ini lagi . . .hari ni Aen Sunny nak share sikit dengan korang tentang perkara yang mentraumakan Aen Sunny baru-baru ni. . . .iaitu kemalangan bas ekspress di perak . . .yang turut membabitkan Aen Sunny . . .2 penumpang bas dan 2 pemandu lori disahkan meninggal dunia . . .manakala isteri dan ibu kepada penumpang bas yang telah meninggal dunia serta pemandu bas cedera parah dan nyawa mereka hanya 50-50 . . .astagfirullahalazim . . .sama-samalah kita mendoakan agar mereka selamat . . .acctually Aen Sunny tak sedar kemalangan itu berlaku . . .Aen Sunny sedar-sedar Aen Sunny bersujud dikaki seat 17. . . .Nasib baiklah kecederaan Aen Sunny tak begitu serius . . .hanya lebam dikaki dan badan,benjol dikepala,lidah hampir terputus . . .tapi Aen bersyukur sangat-sangat kerana diberi peluang untuk hidup .  .baru-baru nii Aen dapat rasakan tulang belakang Aen problem . . .Aen belum check doktor lagi kerana agak sibuk . . . almaklumlah dah nak raya kan . . . .disebabkan kemalangan itu Aen jadi takut nak naik bas  . . .so nanti balik perlis Aen sanggup naik tren daripada naik bas . . .




bebelan taip Aen