Followers

Labels

mRS.zAYD










Adam ku...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum
Aku adalah pengikut mu kerana kau adalah ketua
Jika kau benar,maka benarlah aku
Jika kau lalai,maka lalailah aku
Wahai Adam,kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu
Akal mu sembilan,nafsu mu satu
Akal ku satu,nafsu ku beribu
Oleh itu Adam,pimpinlah tangan ku kerana aku sering lalai dan lupa
sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya

Adam ku...
Aku suka kalau kau mengimami solat ku pada setiap waktu
Akan ku aminkan doa mu agar kelak luas syurga ku
Lebih aku suka kalau kau bangukan aku bertahajud bersama mu
agar nanti diberkati Ya Rabbi
Kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama
Ajarilahaku Yasin dan memahami al-Quran
Kau ajaklah aku mengaunkan jantung Kitabullah di malam jumaat yang penuh barakah
Khabarkan pada ku tentang fardu-fardu yang patut aku tahu
Bimbinglah aku dengan amar ma'ruf dan nahi mungkar

Adam ku...
Ajari aku agar menjadi isteri mu yang solehah
Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah
Selimutkan aku dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah
Ingatkan aku supaya hormat,tunduk dan patuh pada mu setiap waktu
Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku
Bantulah aku agar otak ku tidak buntu
Selamatkanlah aku daripada siksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung
Pimpinlah aku menuju Nur al-Jannah
tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah
Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah
Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah
setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah
Sezuhud dan sepatuh Rabi'atul Adawiyah
Sekuat iman umpama taatnya Sumayyah
Seikhlas dan semurni hati Halimatus Sa'adiah
dan segagah dan seteguh Nailah al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah
seindah hiasan adalah wanita solehah
Moga aku hiasan terindah hidup mu Adamku....


No comments:

bebelan taip Aen